Pada hari 16 hb November 2007, lebih kurang pukul 11.20 pagi, saya telah pergi ke “Giant” di Seksyen 13, Shah Alam untuk membeli barang. Setelah saya beli barang itu berjumlah RM23 dan selepas membayarnya saya meletakkan diatas kaunter “ Giant “ untuk beli satu lagi barang.
Selepas saya mendapatkan barang Ambipure dan letakkan diatas kaunter. Semasa itu saya menerima pangilan telefon daripada pakcik saya. Semasa saya bercakap dan meletakkan telefon saya dalam “ sling beg “ saya ditegur oleh 2 pegawai sekuriti “Giant “ dan dibawa ke bilik mereka.
Pilihan Dan Harga Berpatutan Di Pusat Beli Belah Terkemuka />
Sejurus selepas itu, saya yang merupakan seorang penganut hindu yag memakai symbol keagamaan saya “ kum kum “ di dahi saya dan rantai yang ada wajah gambar tuhan (Krishna ). Pegawai itu terus memukul saya dan paksa saya untuk duduk dibawah dan seterusnya memadamkan “kum kum “ yang merupakan kesucian agama saya serta mencabut rantai keagamaaan saya daripada saya dan lalu dicampak dalam bilik tersebut.
Giant Shah Alam, Lot 2, Persiaran Sukan, Seksyen 13
Selepas itu, pegawai sekuriti itu ambil gambar tuhan Krishna saya yang berada dalam bentuk “pendant “ dan meletakkan semula di atas dahi saya dan beritahu perkara berikut sebelum dia menendang saya dibahagian belakang :-
Selepas itu pegawai sekuriti menyuruh saya untuk menulis surat akuan bahawa saya telah mencuri “ silicon , bostik, polish kereta dan perfume aroma therapy “ . Saya memberitahu bahawa saya tidak boleh menulis kerana saya tidak buat salah atau mencuri barang-barang tersebut. Selepas saya beritahu ini, saya dipukul dengan kerusi plastic berwarna biru sampai kerusi tersebut pecah. Saya yang dalam ketakutan dan kesakitan, terpaksa akur dengan ugutan mereka untuk menulis surat akuan tersebut.
Selepas saya menulis surat tersebut, mereka suruh saya tandatangan diatas surat itu, tetapi saya menolak permintaan mereka.Disebabkan itu, mereka pukul lagi dengan kerusi plastic yang pecah tadi. Mereka juga mengambil selipar saya dan diikat dengan tali dan menggantungkannya di leher saya dan beritahu sekali lagi berikut :-
Apartment Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam
Dengan paksaan itu saya terpaksa menandatangani surat itu dan pada masa itu sekali lagi, saya dipukul di tangan kanan dengan menggunakan kerusi tersebut. Selepas itu sekuriti itu minta saya mengaku dan bayar RM30 agar saya boleh dibebaskan tetapi saya tidak bayar. Saya tidak ingin bayar kerana saya tidak mencuri barangan tersebut .
Dalam masa yang sama, saya perhatikan mereka memasukkan barangan tersebut, “ silicon, bostik, polish kereta dan perfume aroma terapi kedalam beg saya.
Selepas itu, mereka mengambil gambar saya memegang beg dan seterusnya mereka suruh saya buka beg, satu lagi gambar diambil, kemudian mereka suruh saya mengeluarkan semua barangan yang sekuriti tadi masukkan dan diambil satu lagi gambar diambil. Akhirnya saya disuruh pegang semua barang itu dan diambil satu lagi gambar. Mereka mengambil 4 gambar.
Corner Lot, Ground Floor Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam, Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam Corner Lot Shop Untuk Disewa
Selepas itu pegawai sekuriti itu memanggil polis untuk menyerahkan saya dan dalam masa menunggu mereka terus pukul saya. Sejurus sahaja, polis sampai, salah seorang polis tamper saya dari belakang dibahu saya. Selepas itu, seorang polis menggunakan bat senapang dan memukul saya dibahu belakang.
Saya digari dan dibawa kedalam kereta peronda polis dan diberitahu akan dibawa ke Balai Polis Sekysen 11, Shah Alam. Semasa berada dalam kereta peronda, salah seorang polis memaki saya seperti berikut : -
Kemudian dia mengambil ID pekerja saya dari dompet saya dan campakkan keluar dari kereta. Masa itu, saya meminta jangan campak tetapi dia terus memaki saya seperti berikut :-
Homestay Di Shah Alam! Murah & Terbaik Untuk Bajet Keluarga
“ You India keling pasti masuk lokap, kamu akan hilang kerja, tak payah ada ID, Ini negara Islam, apasal you ada sini, kalau mau curi balik India “
Selepas itu, saya terus dibawa ke Balai Seksyen 11, Shah Alam. Sarjan Azami meminta saya terus mengaku bahawa saya mencuri padahal saya kata saya tidak mencuri.
Apabila saya kata tak boleh, dia mengugut seperti berikut, “ kamu akan dimasukkan kedalam lokap 14 hari dan dipukul”. Masa itu, saya minta mereka menghubungi bapa saya tetapi tidak dibenarkan.
Mpaj Tawar Diskaun Kompaun 80 Peratus Sempena Jelajah Selangor
Selepas lebih kurang 3 jam kemudian, saya dibenarkan untuk menelefon bapa saya. Mereka hanya berikan telefon bimbit dan dompet. Barangan dibawah telah hilang semasa saya menerima “ sling bag “ saya:-
Saya juga mendapati kredit ditelefon saya telah kurang sebanyak RM7.00. Selepas itu bapa saya dating ke Balai dan saya keluar dengan jaminan polis dan diminta untuk hadir ke mahkamah Seksyen 6 pada hari Isnin ( 19-11-07 ) 9.15 pagi.
Saya membuat laporan ini untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah, saya dianiaya dan sekuriti tersebut telah dengan sengaja mereka cerita palsu tentang kecurian tersebut. Saya juga ingin membuat laporan ini untuk melindungi diri dan keselamatan saya daripada dua sekuriti Giant Seksyen 18 dan pegawai polis yang mengugut untuk membunuh saya. Kalau apa-apa berlaku pada saya, pegawai sekuriti dan polis tersebut adalah bertanggungjawab.