Dengan harga sekitar Rm9000 ke Rm11k, adakah Naza N5 bakal menjadi pencabar ketat kepada Yamaha FZ150i? Ikuti entri kali ini di mana penulis membandingkan motorsikal underdog keluaran Naza ini dengan FZ150i yang cukup sinonim di kalangan rakyat Malaysia.
Bagi mereka yang bekerja di ibukota, menjadi suatu kemestian bagi kita (ya, termasuk penulis sekali) memilih untuk tinggal di kawasan yang sedikit jauh dari tempat kerja atas faktor kos perumahan. Mengambil kira kos pengangkutan pula, ramai yang memilih untuk menjadikan motorsikal sebagai pengangkutan utama dan sejak sekian lama Yamaha FZ150i telah menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan motorsikal yang mampu pergi lebih jauh tanpa kerap ke stesyen minyak, cukup laju untuk menempuh lebuh raya dan dalam masa yang sama hemat penggunaan bahan bakar, dan yang penting sekali - berharga sekitar RM10, 000 dan kebawah.
Mewah Terkemuka />
Naza N5 pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2014 dengan harga sekitar RM13, 000 membuatkan ia bersaing hebat bukan sahaja dengan abangnya sendiri Naza Blade yang dijanakan oleh mesin V-Twin ala Ducati bahkan dengan Z250SL dan Duke 200 daripada Kawasaki dan KTM, kedua-duanya merupakan nama yang telah mendapat pengiktirafan daripada penggemar mesin dua roda. Mungkin disebabkan faktor jualan yang tidak rancak, pada tahun 2016 ini Naza N5 sudah boleh didapati pada harga bermula RM9000 membuatkan ia menjadi topik perbualan di kalangan pemilik dan bakal pemilik Yamaha FZ150i - motorsikal 250cc pada harga 150cc, memang tak senang duduk!
Pekerja Restoran Maut Langgar Babi Hutan
Nadi 1 silinder yang menjanakan 28hp pada 9500RPM dan torque 24Nm pada 7000RPM, N5 jauh di hadapan bila dibanding dengan nadi 1 silinder FZ150i yang hanya menjana 16hp pada 8500RPM dan 14.5Nm torque pada 7500RPM. Kelajuan maksima? Mengikut GPS, N5 berjaya mencecah sekitar 140 atau 150kmj manakala 120-130kmj bagi FZ150i. Tidak jauh perbezaanya tetapi dengan kuasa kuda yang lebih besar, Naza N5 boleh santai pada halaju kebangsaan dan dengan torque (pikap) yang lebih tinggi memudahkan proses pemotongan dan membantu untuk pecut bila lampu trafik bertukar hijau.
N5 dan FZ150i memliki ketinggian pelana yang sama, 790mm yang mana boleh dikatakan sesuai untuk rata-rata penunggang di Malaysia - tidak menghairankan kerana N5 berasal dari Korea. (Naza N5 adalah rebadge kepada Hyosung GD250N). Bagi mereka yang turut mementingkan keselesaan ketika berdua, pelana utama bagi kedua-dua motorsikal ini menyediakan cukup ruang kepada penunggang untuk bergerak dan walaupun mengamalkan gaya pelana terpisah (split seat), Naza N5 menyediakan pelana pembonceng yang agak selesa jika dibandingkan dengan pesaingnya dalam kelas yang sama, Kawasaki Z250SL. Naza N5 juga menyediakan bar pegangang yang besar dan selesa untuk pembonceng manakala FZ150i (model 2014 ke atas) hanya menyediakan sedikit ruangan di bawah pelindung (cover set) belakang. Dengan kedudukan pemijak kaki yang lebih tinggi dan turut boleh dilaras oleh pemilik, tanpa was-was Naza N5 menang dalam segi ini bila dibandingkan dengan Yamaha FZ150i yang menyediakan pemijak yang lebih rendah membuatkan ia mudah bergesel dengan permukaan jalan jika penunggangnya cuba melakukan corner ala-ala Valentino Rossi setiap kali tiba di selekoh.
Material tangki daripada besi mebolehkan penggunaan beg tangki bermagnet, kotak sisi (side box) yang telah sedia ada di pasaran serta tongkat berkembar (double stand) yang memudahkan penyelenggaran sendiri - FZ150i tidak nampak kekok sebagai adventurer. Jika dibandingkan dengan Naza N5 yang menggunakan tank condom plastik dan gaya yang lebih kepada street fighter membuatkan ia bukan pilihan kepada mereka yang perlu membawa lebih muatan. Boleh sahaja untuk menggunakan tali untuk mengikat barang ke atas tangki N5 atau modifikasi bagi mengikat kerangka untuk kota sisi tapi ia bakal mencacatkan estetika N5. Tanpa double stand juga membuatkan pemilik perlu menggunakan paddock stand untuk penyelenggaran sendiri seterusnya menyukarkan parkir dalam ruangan yang sempit.
Penunggang Motosikal Maut Bertembung Proton Exora
Tak perlu ditokok tambah, Naza N5 kelihatan lebih garang dengan gaya streetfighter - tayar belakang lebar, suspensi hadapan jenis terbalik (upside-down/USD fork), suspensi belakang di sisi ala-ala motorsikal bersesaran lebih tinggi (Kawasaki ER6), peredam bunyi dan manifold di bawah (seperti Duke 200), pelana belakang terpisah, panel meter digital penuh dan keseluruhan gaya dari hadapan ke belakang yang tampak tajam - tak perlu dipertikai, bukan gadis-gadis sahaja sangkut malah bakal mencuri tumpuan daripada golongan lelaki terutama penggemar motorsikal.
FZ150i? Hmmm... dah biasa sangat nampak :) Cuma berita baik bagi penggemar FZ150i, kini disediakan pilihan warna biru dan penutup enjin berwarna emas sempena naik taraf rupa bermula hujung tahun 2015 yang lepas.
Terbalik dari segmen Gaya tadi, di sini FZ150i dengan mudahnya mengungguli segmen ini. Dengan kualiti pemasangan dan material Yamaha yang berkualiti hasil penglibatan dalam bidang permotoran sekian lama dan bahan ganti yang mudah didapati di pasaran - bakal pengguna FZ150i boleh menarik nafas lega. Bukan ingin dikatakan Naza N5 mudah rosak dan alat ganti sukar didapati, cuma disebabkan tidak ramai penggunanya dan juga faktor sejarah masalah Naza Blade yang terdahulu (cerita zaman Blade mula-mula masuk pasaran Malaysia), penulis sarankan bagi mereka yang berminat untuk memiliki Naza N5 supaya mendapatkan maklum balas daripada pengguna jenama Naza sendiri melalui forum-forum atau ruangan group di Facebook. Bagi penulis, kalau kita pandai jaga mesin ni dan ambil berat penyelenggaraan, pakailah jenama apa pun tiada masalah.
Bertumbuk Sebab Tidak Bagi Laluan
Boleh dikatakan, pemilik Naza N5 perlu menanggung dua kali ganda kos penjagaan daripada FZ150i manakala bagi pemilik FZ150i kos yang ditanggung hanya sedikit tinggi berbanding kapchai.
*sekali lagi diingatkan, harga di atas cuma anggaran kasar. ada kedai murah, ada kedai mahal. kalau murah, servis ok, boleh share kat ruangan komen ye
Daripada perbandingan di atas, jelas antara Naza N5 dan Yamaha FZ150i mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan tidak dapat disimpulkan yang mana satu motorsikal yang mampu memenuhi kehendak pembaca sekalian. Dengan harga mula yang hampir sama, Naza N5 pasti membuatkan bakal pembeli terpikat tetapi dari segi jangka masa panjang dengan kos penjagaan yang lebih tinggi mungkin membuatkan bakal pembeli lebih berkira-kira. Apa-apa pun tepuk poket tanya budget, kuasa membeli di tangan anda (atau bini anda) - ZY
Polis Siasat Kes Gaduh Di Tengah Jalan
Untuk pemilik N5 batch awal (tangki model V1), boleh semak semula tangki minyak anda untuk proses replacement di Naza Service Centre Seksyen 15 Shah Alam. Boleh rujuk gambar dalam link ni.
Boleh dikatakan, pemilik Naza N5 perlu menanggung dua kali ganda kos penjagaan daripada FZ150i manakala bagi pemilik FZ150i kos yang ditanggung hanya sedikit tinggi berbanding kapchai.
*sekali lagi diingatkan, harga di atas cuma anggaran kasar. ada kedai murah, ada kedai mahal. kalau murah, servis ok, boleh share kat ruangan komen ye
Daripada perbandingan di atas, jelas antara Naza N5 dan Yamaha FZ150i mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan tidak dapat disimpulkan yang mana satu motorsikal yang mampu memenuhi kehendak pembaca sekalian. Dengan harga mula yang hampir sama, Naza N5 pasti membuatkan bakal pembeli terpikat tetapi dari segi jangka masa panjang dengan kos penjagaan yang lebih tinggi mungkin membuatkan bakal pembeli lebih berkira-kira. Apa-apa pun tepuk poket tanya budget, kuasa membeli di tangan anda (atau bini anda) - ZY
Polis Siasat Kes Gaduh Di Tengah Jalan
Untuk pemilik N5 batch awal (tangki model V1), boleh semak semula tangki minyak anda untuk proses replacement di Naza Service Centre Seksyen 15 Shah Alam. Boleh rujuk gambar dalam link ni.