Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah Persiaran Masjid Seksyen 5 Tempat Penting bagi Penyelesaian Undang-Undang Islam

Game News Maniacontact fiverr/MuhammudAbuOntricky
Please wait 0 seconds...
Scroll Down and click on Go to Link for destination
Congrats! Link is Generated
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah Persiaran Masjid Seksyen 5 Tempat Penting bagi Penyelesaian Undang-Undang Islam

Mahkamah Syariah Negeri Selangor ditubuhkan berdasarkan kepada Seksyen 44(1) dan 44(2) Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Selangor (1952). Sejak ditubuhkan hingga September 1991, Mahkamah Syariah Negeri Selangor ditadbirkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mulai 01hb. September 1991, pengurusan pentadbiran Mahkamah Syariah termasuk Mahkamah Rendah Syariah Petaling telah diasingkan daripada pengurusan pentadbiran JAIS dan dikenali sebagai Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Pusat pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Selangor beroperasi di Tingkat 5 & 6, Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Pegawai, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Sejak tahun 1991, Mahkamah Rendah Syariah Petaling beroperasi di bangunan lama di Jalan Othman, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Bangunan lama tersebut hanya mempunyai satu dewan bicara dan kakitangan seramai enam (6) orang termasuk Hakim, Penolong Pendaftar, Pembantu Pendaftar, Penghantar Notis, Pembantu Setiausaha Pejabat dan Pembantu Tadbir. Pada ketika itu, hanya seorang hakim yang mengendalikan kes-kes di bawah bidangkuasa Petaling secara keseluruhan. Namun begitu, terdapat penggiliran hakim daripada daerah lain membantu pengendalian kes-kes di mahkamah tersebut. Pada asalnya, bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah Petaling meliputi semua kawasan di dalam sempadan Petaling termasuk Shah Alam. Kemudian, bidangkuasa tersebut telah dipecahkan kepada dua dengan penubuhan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam secara rasmi pada 02 Oktober 2003.

Pada 11 November 2011, Mahkamah Rendah Syariah Petaling telah berpindah ke bangunan baharu di Jalan Bintang U5/33, Seksyen U5, Shah Alam dan beroperasi sepenuhnya pada 18 November 2011. Perpindahan tersebut berikutan kekurangan ruang dan prasarana asas yang kondusif di bangunan lama selain bertujuan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik kepada pelanggan serta mempercepatkan perjalanan kes. Kini, mahkamah ini dilengkapi dengan empat dewan bicara namun pada ketika itu jawatan bagi hakim di mahkamah ini hanya seorang. Pada tahun 2012, jawatan hakim telah ditambah menjadi dua orang dan pada tahun 2014 jawatan hakim telah ditambah menjadikan jumlah hakim seramai empat orang.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Petaling: Location, Map, About & More

Kini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling mempunyai kekuatan seramai 24 orang pegawai dan kakitangan yang terdiri daripada Hakim, Pegawai Sulh, Penolong Pendaftar Kanan, Penolong Pendaftar, Pembantu Syariah, Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir Kewangan, Pembantu Tadbir Operasi, Pembantu Operasi Pejabat, Penghantar Notis dan Pemandu Kenderaan.

Perubahan besar yang berlaku terhadap perjawatan dan kemudahan serta prasarana di mahkamah ini adalah disebabkan peningkatan pendaftaran kes setiap tahun.Selain itu, pertambahan perjawatan dan perubahan terhadap kemudahan dan prasarana mahkamah ini adalah untuk meningkatkan penyampaian dan kecekapan perkhidmatan kepada pelanggan.

Getting Info...

إرسال تعليق