Pengalaman menginap di Hotel de ART Seksyen 9, Shah Alam | Baru-baru ini ena sekeluarga staycation di Hotel de ART dan ini merupakan pengalaman kali ke-3 dimana sebelum ni kami biasa check in di Seksyen 7. Saje nak bertukar angin di tempat lain pula. Ena dulu belajar di CIAST Shah Alam, memang selalu jalan sekitar sana. Suami pula ada ambil tender supplier dari Seksyen 7 jadi memang hotel de ART selalu jadi pilihan kami. Kalau korang nak tahuhotel de ART Seksyen 9 adalah outlet ke-5 selepas Seksyen 7, Seksyen 19, I-City dan USJ21. Rambang mata nak booking taw. Next time ena akan cuba outlet lain pula. Anak cukup suka sampai taknak balik rumah.hahaha..
Hotel de ART ni senang nak kenalpasti sebab dari luar bangunan dah boleh nampak rekaan uniknya. Memang terpegun tengok dari jauh. Kelebihan di Seksyen 9 ni lokasi strategik berderetan bangunan dan juga shopping Mall seperti kedai makan, kedai runcit, KFC, Kedai dobi dan korang nampak tak hujung tu ada Plaza Shah Alam. Senang kan kalau terdesak nak keluar cari makan. Contoh pagi depan hotel ada sarapan yang sudah siap dibungkus. Malam pula ada jual Roti John. Cuma parking PERCUMA hotel terhad untuk 5 kenderaan sahaja. Nasib lah siapa dapat.
Sebanyak 29 buah bilik penginapan dihiasi dengan mural diilhamkan dari Hope & Imagination dalam aura positif ini dilengkapi dengan kemudahan asas yang cukup selesa dan mesra muslim. Sejadah dan arah kiblat disertakan. Harga bilik bermula dari RM88 sehingga RM248 semalan dan mempunyai beberapa kategori iaitu :
Hotel Berdekatan Icity, Uitm Dan Di Seksyen 7 Shah Alam Yang Bagus
Macam ena memilih Art Family Deluxe bertemakan Seeing the World. Mural yang cantik betul-betul memikat hati Sumayyah. Kakak siap suruh sambung bercuti lagi sebab tak puas.
Ruangan keseluruhan bilik ena stay ada 2 katil Queen. Bagi ena condition baik ruang sederhana tidak terlalu sempit dan tidak terlalu luas. Tapi toilet dia besar. Untuk pengetahuan korang outlet ni tiada sarapan atau makan malam ya. Jadi better standby makanan ataupon keluar Dine in sebab mudah nak cari makanan sebenarnya. Macam ena pon pergi makan kat Restoran Wak Doyok.Haha. Shah Alam kan banyak kedai makan selebriti. Korang google jelah..
Dibahagian lobi jangan cakaplah memang cantik uollss.. Apa lagi beraksi lah kami di lensa kamera. Kakak macam biasalah ada masa tak kasi can ibu nak selfie.hahahah.
Homestay Seksyen 9 @murale, Shah Alam
Dah puas meronda hotel, kami jalan-jalan cari makan pula.hehe. Untuk tempahan hotel korang boleh terus ke laman ini dan pilih mana outlet pilihan korang. Selamat Bercuti !!!
View this post on Instagram Full view Art Family Deluxe room bertemakankan Seeing the World @hoteldeart #hotelroom #hotelshahalam #hoteldeart #hotelreview #hotel #vlogger #vlog #bloggermalaysia A post shared by 👑 ℳiss President | BC ℳary Kay (@) on Sep 26, 2020 at 7:18am PDTIbu negeri Selangor ini memang kaya dengan destinasi pelancongan menarik & tempat makan sedap. Selain pusat ilmu pengetahuan. Sekiranya anda mempunyai urusan di Shah Alam dalam kumpulan besar, tak sesuai tinggal di hotel. Tak kiralah untuk menghadiri majlis perkahwinan mahupun bercuti bersama keluarga. Banyak duit yang boleh dijimatkan dengan menginap di homestay Shah Alam.
Homestay di Shah Alam yang wajib dicuba! Kebanyakannya milik orang islam. Homestay terbaik di Shah Alam. (Milik muslim) 1. Twin villa homestay shah alam.
Hani Homestay Shah Alam
Homestay dengan rekaan dalaman mewah ini sememangnya menjadi pilihan ramai pelancong dari dalam & luar negara. Sebaik melangkah masuk ke homestay ini, kita pasti akan teruja dengan kolam renang di perkarangan rumah.
Anak anak yang paling seronok kalau ada kolam renang ni. Mak ayah pula boleh duduk bersantai di kerusi yang disediakan di tepi kolam. Twin villa homestay ni memang terbaik untuk lokasi hari keluarga.
Kenangan indah family day di villa indah ini pasti menjadi kenangan manis bersama sama. Itu belum masuk dalam rumah & bilik lagi. Bilik tidur dia memang terbaik.
Senarai Homestay Di Selangor / Kl/ Putrajaya Dengan Private Pool (2021)
Anda sekeluarga pasti akan berasa selesa sepanjang bermalam disini. Dengan kemudahan perabot dengan citarasa barat, dengan susunan perabot yang memanfaatkan ruang serta pencahayaan yang baik, memang syok duduk sini. Rasa macam tak nak keluar bilik pula.
Tilam & cadar yang digunakan menggunakan fabrik berkualiti & semestinya membantu kita tidur lena di malam hari. Hilang segala penat lelah bekerja & lupa masalah di tempat kerja. Memang sesuai jadi weekend retreat. Tutup saja telefon bimbit tu buat sementara untuk rehatkan badan & minda.
Orang perempuan kalau masuk rumah ini mesti dapat banyak ilham untuk bina rumah idaman dikemudian hari. Inspirasi boleh diambil dari ruang tamu, ruang keluara, dan semestinya dapur. Dapur dia, dengan susunan pinggan mangkuk yang tersusun rapi di rak khas, memang cantik.
Harga Murah Di Super Oyo 530 Dd Hotel Diskaun Besar Besaran
Kedudukannya homestay ini juga sangat hampir dengan pusat membeli belah Aeon & juga stadium Shah Alam, memang banyak aktiviti menarik yang kita boleh lakukan di sini. Nak shopping atau pun menonton siaran langsung perlawanan bola sepak di stadium untuk kaum lelaki. Yang penting kita rancang jadual dulu. Akses untuk ke homestay ini juga semakin mudah selepas ini dengan pembinaan LRT3 berhampiran homestay ini.
Jika anda merancang untuk menginap disini, pastikan tempah lebih awal tau. Sambutan untuk homestay area Shah Alam ini memanglah umpama pisang goreng panas.
Radia Residence adalah sebuah homestay dengan sentuhan citarasa moden yang terletak di Bukit Jelutong Shah Alam. Pangsapuri ini terdiri dari 2 bilik & boleh menampung sehingga 6 orang dewasa.
Hotel Hotel Vista Alam Roomstay Homestay Shah Alam 2* (malaysia)
Homestay dengan citarasa tinggi ini menawarkan semua kemudahan yang diharapkan oleh keluarga kita semasa percutian yang diidam idamkan. Siap ada taman dengan tumbuhan lanskap yang menarik lagi. Memang tertawan hati sesiapa yang berkunjung. Mak ayah boleh dating di taman sambil anak anak berlari keluarkan peluh di playground.
Akses kepada kolam renang, taman permainan kanak-kanak, keselamatan 24 jam dan tempat letak kereta yang berbumbung akan kita nikmati dengan melanggan homestay milik muslim ini.
Kolam renangnya pun terdapat di aras bawah, dikelilingi pepohon hijau yang mendamaikan. Memang puas hati anak anak berendam dalam kolam main air.
Hotel Dd In Shah Alam, Starting At £7
Pemilik kepada homestay ini sangatlah ramah & amat mengalu alukan kehadiran anda untuk menginap disini. Mana taknya, susun atur perbot, meja makan & bilik tidur semuanya kemas & teliti. Memang nampak usaha untuk beri yang terbaik kepada setiap tetamu.
Dan di waktu malam, kita boleh duduk menikmati pemandangan bandaraya ini yang dilimpahi sinaran lampu sambil menikmati secawan teh yang dibancuh sendiri. Memang syahdu.
Jika anda kurang biasa dengan Bukit Jelutong, kawasan ini adalah sebuah di kejiranan yang telah matang di Shah Alam. Ia juga mudah diakses melalui Guthrie Corridor Expressway (GCE), Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuhraya Elite dan Lebuhraya Persekutuan.
Hotels Near Smk Seksyen 9 In Shah Alam
Homestay Icity Shah Alam. Bandar pintar yang terkenal dengan hiasan lampu di malam hari ini memang sering menjadi kegilaan kaki selfie. Dengan pembukaan pusat membeli belah I Central, kawasan ini semakin meriah siang & malam untuk warga kota melepaskan penat.
Maklumlah, pelbagai hiburan & tempat makan sedap yang terdapat disini. Jadi, sekiranya anda ingin menginap di lokasi ini, terdapat beberapa homestay terbaik yang boleh dipilih.
Homestay Sinar Rasa berada betul betul di dalam kawasan I City. Kawasan ini sememangnya selamat kerana akses masuk perlu melepasi kawalan keselamatan dari pengawal bertugas.
Hotel Hotel Uitm Shah Alam 2* (malaysia)
Jika anda bosan tinggal dibilik, boleh jalan kaki saja ke pusat membeli belah I Central. Ataupun mencuba pelbagai permainan interaktif yang disediakan di Taman Tema I City.
Homestay berdekatan UiTM Shah Alam. Memang ramai keluarga cari homestay uitm shah alam kerana menghadiri upacara konvokesyen anak & adik beradik. Maklumlah, kampus induk UiTM kan terletak di Shah Alam.
Jadi pada kebiasaannya, hotel & homestay di sekitar seksyen 2 & 7 Shah Alam akan penuh. Nak tak nak perlu booking awal untuk elakkan terpaksa menginap di kawasan yang jauh.
Hotel Hotel De Art Section 9 Shah Alam 3* (malaysia)
Terutama sekali sekiranya kita mempunyai mak ayah yang dah uzur kan, tak larat nak bersesak sesak dan jalan kaki jauh jauh ni.
Kebanyakan tetamu yang menginap disini terdiri daripada keluarga yang melawat anak-anak mereka di UiTM / UniSel, mereka yang outstation kerana urusan perniagaan di Shah Alam, peminat bola sepak, graduan dalam kursus jangka pendek & pelancong yang datang ke Shah Alam untuk mencuba litar Skytrek yang mencabar di Taman Botani Negara Bukit Cherakah.
Walau apa pun urusan anda ke bandaraya anggerik, Sentuari Homestay pasti akan memberikan pengalaman yang indah sepanjang anda tinggal disini. Homestay shah alam seksyen 7 sangat hampir dengan tasik takungan air di Seksyen 7 yang menjadi pilihan ramai untuk beriadah & berjoging.
Homestay Popular Di Shah Alam Untuk
Bahagian dalaman homestay pula dilengkapi dengan perabot moden minimalis ala hipster yang sedang popular. Lantainya pula tidak menggunakan jubin seramik, tetapi dihiasi dengan laminte wood dengan ira kayu yang cantik. Terasa macam duduk di rumah tradisiona kampung zaman dulu pula. Tak perlu risau lantai sejuk diawal pagi kerana penghawa dingin ataupun hujan lebat.
Sesiapa yang rajin berjalan dan suka duduk di homestay berbanding hotel mungkin perasan yang Myhomestay ni ada banyak cawangan. Salah satunya di seksyen 7 Shah Alam.
Homestay ini bukan jenis landed & mempunyai pemandangan bukit yang indah. Suasananya pun tenang je kerana jauh dari hiruk pikuk kesesakan lalulintas di pusat bandar.
Homestay Menarik Di Malaysia!
Perhiasan dalaman homestay ini kemas dan yang penting bersih! Nampaknya kebanyakan perabot dari IKEA yang sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Pemilik ada sediakan nescafe & kuih bahulu percuma untuk para tetamu. Tahniah sebab bermurah hati & tidak lokek kepada pelanggan. Memang patut mendapat pujian.
Homestay seterusnya agak unik, kerana berkonsepkan rumah studio dengan 2 bilik. Cukup untuk penginapan 4 hingga 6 orang. Saiznya agak kecil jika dibandingkan dengan homestay lain tetapi pemilik homestay ini pandai menggunakan ruang.
Kelebihan utama Rumah Cik Ani ialah kedudukannya yang hampir dengan banyak lokasi menarik. Contohnya dataran kemerdekaan Shah Alam, Muzium Sultan Alam Shah &