Jabatan Trafik di Seksyen 17 Perkhidmatan dan Maklumat Mengenai Pengurusan Lalu Lintas

Game News Maniacontact fiverr/MuhammudAbuOntricky
Please wait 0 seconds...
Scroll Down and click on Go to Link for destination
Congrats! Link is Generated
Jabatan Trafik di Seksyen 17 Perkhidmatan dan Maklumat Mengenai Pengurusan Lalu Lintas

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini bertempat di Bilik Mesyuarat JSPT, Aras 21, Menara 1, Bukit Aman telah berlangsung Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Pengarah II (Kepolisan Am/ Siasatan/ Sumber) JSPT Bukit Aman, Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalulintas) dan Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Saman).   

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh juru acara majlis dan disusuli dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Sjn Ahmad Radzi Hilmi bin Hussin. Majlis kemudian diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Pengarah JSPT kepada Pemangku Asisten Komisioner Polis (P/ACP) Mohd Radi bin Abd Rahman, yang telah dinaikkan pangkat bagi menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/ Siasatan/ Sumber) JSPT Bukit Aman.

MAJLISPerkhidmatan Dan Maklumat Mengenai Pengurusan Lalu Lintas />

Iii) ACP Zulkifli bin Jonit, akan bertukar ke Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai Komander Briged Tengah dengan P/ACP Mohd Radi bin Abd Rahman, sebagai Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/ Siasatan/ Sumber) yang baharu.

Tentera Darat Malaysia

JSPT mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai yang telah dinaikkan pangkat dan ribuan terima kasih juga di atas segala jasa bakti dan perkhidmatan yang telah diberikan oleh YDH ACP Zulkifli bin Jonit dan P/ACP Mohd Iqbal bin Ibrahim di sepanjang perkhidmatan mereka di JSPT, dan selamat maju jaya tuan di tempat yang baharu.

Ucapan selamat datang diucapkan kepada YDH P/Supt. Fauzi bin Osman, sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Saman) yang baharu ke JSPT Bukit Aman yang sebelum ini bertugas di Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Hadir sama dalam majlis ini, YDH DCP Dato’ Mohd Nadzri bin Hussain, Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalulintas/ Pengurusan Saman), ACP Shahrum bin Hashim, Ketua Urus Setia, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai-Pegawai Awam JSPT Bukit Aman.

Gempur 'litar Baharu' Mat Rempit, 17 Motosikal Disita

Cerita 71 - Dengar dan langgan secara PERCUMA podcast bagi mengikuti perkembangan keselamatan negara di platform Apple Podcast, Spotify & Google Podcast

Keselamatan Siber Keselamatan Wilayah Darat, Maritim & Udara Komunikasi Strategik Pembangunan Kapasiti dan Pembangunan Modal Insan Pembangunan Keselamatan Strategik Pengurusan Keselamatan & Geostrategi Pengurusan Keselamatan Negeri Pengurusan Kewangan Pengurusan Organisasi & Pembangunan Keselamatan Pengurusan Teknologi Maklumat Persatuan & RekreasiPolis Diraja Malaysia (Tulisan Jawi: ڤوليس دراج مليسيا; singkatan: PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 111, 450 orang pegawai dan anggota, dan beribu pejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pasukan berseragam ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara (jawatan tertinggi di PDRM) disandang oleh Tan Sri Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay

Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Simpanan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia.

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang telah dilancarkan pada 2006. PDRM turut mengadakan kerjasama dengan pasukan polis diseluruh negara termasuk empat jiran terdekatnya iaitu Kepolisian Negara Republik Indonesia,

Warga Sang Saka Biru kini telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia apabila telah diiktiraf sebagai pasukan polis yang terbaik di dunia apabila PDRM memberi pencapaian dalam menyelesaikan 73, 281 daripada 198, 622 (bersamaan 36.89 %) yang direkodkan pada tahun 2006, satu tahap yang jauh melebihi tahap piawaian Interpol iaitu 20 peratus daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun. PDRM turut berjaya mengatasi piawaian antarabangsa sebayak dua kali berturut-turut, di mana pada tahun 2005, PDRM berjaya menyelesaikan 76, 284 daripada 157, 459 (48.45 %) kes jenayah yang direkodkan pada tahun tersebut.

Sistem polis boleh dilihat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketika ini, peranan, tugas dan tanggungjawab polis digabungkan dengan tugas-tugas ketenteraan. Sultan menjadi pusat kuasa yang mengawal sistem ini, mempunyai kuasa mutlak. Baginda juga menjadi Hakim, Ketua Agama dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera serta berkuasa mengubal undang-undang. Undang-undang terpenting pada zaman itu ialah Hukum Kanun Melaka.

MELANGGAR

Majlis Pemakaian Pangkat Dan Serah Terima Tugas Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (jspt) Bukit Aman

Bendahara ialah orang kedua tertinggi selepas baginda Sultan. Beliau berkuasa sebagai Penasihat Sultan, Ketua Pentadbir dan boleh bertindak sebagai Panglima Perang. Tun Perak, yang bergelar Bendahara Paduka Raja pernah memimpin angkatan tentera Melaka untuk berperang.

Setelah siang hari, maka Sultan Alaudin pun keluar dihadap orang. Maka Bendahara dan segala orang besar-besar dan para menteri, sida-sida, bentara, hulubalang sekaliannya hadir menghadap. Maka titah sultan kepada Seri Maharaja, kerah ia Temenggung, Adakah kawal semalam? Maka sembah Seri Maharaja, Ada, tuanku. Maka titah sultan, Kita dengar ada orang mati dibunuh orang, diatas bukit seorang, dibawah bukit seorang, dihujung jambatan seorang, jikalau demikian orang itu, Seri Maharajakah yang membunuhnya? Maka sembah Seri Maharaja, Tiada patik tahu, tuanku. Titah sultan, Sia-sialah kawal Seri Maharaja, tiga orang mati tiada diketahui. Sekarang kita dengar pencuri terlalu ganas dalam negeri ini. Maka sultan pun memerintahkan memanggil Hang Isap, ia pun datang, peti itu pun dibawanya. Maka titah Sultan Alauddin kepada Hang Isap dan Hang Siak, Apakah pemandangan engkau semalam? Maka Hang Isap dan Hang Siak pun berceritalah akan segala peri hal ehwal semalam, semua dikatakannya....... Semenjak itu kawal Seri Maharaja terlalu keras. Jika bertemu dengan orang di jalan, dibunuhnya, tiada ditangkap lagi. Pada suatu malam Seri Maharaja berkawal, bertemu dengan seorang pencuri. Maka diparang oleh Seri Maharaja dengan pedang bertupai, putus di bahunya.......

Dari gambaran di atas, Temenggung ialah orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman di seluruh negeri, termasuk kawasan istana. Tugasnya untuk menangkap penjenayah, membina penjara dan melaksanakan hukuman-hukuman. Pada zaman sekarang, jawatan Temenggung seperti Ketua Polis Negara sekarang. Beliau juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar, jalan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung juga mempunyai pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil, mencari pengikut-pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan-rakan sejawat.

Terms And Conditions

Para Penghulu merupakan wakil sultan, juga mempunyai pasukan kawalan masing-masing. Tugas utama pasukan ini adalah memungut cukai, menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan kampung jagaannya.

Tugas-tugas kepolisan seterusnya dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang tahun 1511, Melaka telah menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem Kapitan.

Polis

Pada 14 Januari 1641, Empayar Portugis di Melaka berakhir dengan penaklukan Belanda di Melaka dengan bantuan askar-askar negeri Johor, ketika Portugis berperang dengan Acheh. Belanda turut memerintah Melaka dengan menggunakan sistem ketenteraan di samping mengekalkan sistem 'Kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis. Sebuah pasukan polis yang dinamakan 'Burgher Guard' ditubuhkan apabila penduduk Eropah bertambah dan perlunya menubuhkan sepasukan polis. Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota bawahannya adalah orang-orang Melaka. Pasukan ini dikawal dibawah Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulu meneruskan tugas-tugasnya seperti di Zaman Melayu Tradisional semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda.

Dbkl Terus Bertindak Terhadap Warga Asing

Ketika British mengambil alih Melaka pada tahun 1795, Kapten Farquhar, yang merupakan Gabenor Tentera pada masa itu membenarkan Majlis Keadilan Melaka menjelaskan fungsinya sebagai majistret di samping itu meneruskan tugas-tugas kepolisan 'Burgher Guard' yang telah terbentuk pada zaman itu.

Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829.

Jawatan baru yang diwujudkan ialah High Sheriff dan Deputy Sheriff yang diberi tugas untuk mengawal keselamatan dan keamanan di Pulau Pinang. Penduduk-penduduk tempatan diambil dan berkhidmat sebagai Petty Constables dan diberi gaji. Orang-orang barat yang bertugas sebagai High Constables dikira sebagai khidmat masyarakat dan tidak diberi gaji.

Ops Motosikal Sempena Ops Selamat Aidilfitri 18/22 Peringkat Ipd Kuala Krai

Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada Negeri-Negeri Selat dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai Civil Affair Police Force (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa memantapkan organisasi polis selepas negara melalui anarki semasa zaman pemerintahan Jepun. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan pihak komunis.

Garis

Konsep Bersedia Berkhidmat diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: Operation Service, A. E. Young menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap dengan konsep Bersedia Berkhidmat ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis dan sebaliknya dihormati.

Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama Polis Diraja Persekutuan atau The Royal Federation of Malayan Police dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.

Jelajah Ftroadpedia Zon Selatan (hari Kedua)

Bendera dan insignia dalam Polis Diraja Malaysia ini berlatarbelakangkan warna biru yang melambangkan rakyat jelata di negara Malaysia. Lambang ini yang seringkali dipasang pada bendera, panji-panji pasukan dan sebagainya. Di bahagian tengah bendera terdapat lambang PDRM yang berwarna perak atau putih. Lambang polis ini terdiri daripada sebilah Keris dan sebilah Parang Ilang/Kelewang yang bersilang. Di atas silangan itu terdapat pula kepala Harimau yang timbul dilingkari oleh Kalungan Bunga Padi dan di bawahnya ialah skrol dengan perkataan Polis Diraja Malaysia.

Getting Info...

إرسال تعليق