Assalammuaikum semua….Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dibumi ciptaan Allah ini…masih diberikan peluang yang luas untuk mengupdatekan blog yang sudah nak naik sarang labah-labah rumah tok abah.., haiisyhhh!! Bila dah berkurun lama memeram ala-ala marinate ayam berempah ni, mulalah lupa sikit2…aiseymannnnnn….ishishishhh…;-)
Lokasi terletak di Plaza Masalam Mall, Seksyen 9, tingkat bawah tanah bersebelahan Chicken rice shop and LukLuk Steamboat yang menyajikan sajian pelbagai, ada yang set nasi lauk dan makanan yang boleh dipesan berasingan. Pada hari selasa yang jatuh pada 17 Disember 2013 , separuh daripada ahli-ahli AGG “Anak Gajah Gedempol” bak kata senior saya, mula mencari ‘port-port’ dan lokasi yang menjadi idaman kalbu untuk menyantap santapan buat perut tersayang, Saya dan rakan-rakan seangkatan periuk dan kuali membuat keputusan untuk menyantapkan perut buncit kami di Paklong Kopitiam setelah selesai urusan seminar….
Saya membuat order mengikut sesuka dan sesedap rasa hati serta perut yang dah kelaparan tahap singa betina mengeram…singa betina mengeram?!?!? Set nasi bersama dengan campuran chicken with tofu beancurd dan juga longan sebagai air minuman…untuk mencurahkan tekak yang dah kering-kontang umpama padang pasir yang ketandusan. Biasalah kan bila perut lapar dan tekak haus macam nak mintak tuang sebaldi ais, menunggu pesanan bukan sesuatu yang seronok…
Amie's Little Kitchen: Steamboat Di Pak Long Kopitiam, Plaza Shah Alam
Bila order sampai, dengan rasa hormat dan bangga tahap dewa…mulut segera membaca “bismirllahhirrohman..hirrohhim” lantas mengambil sudu dan garfu untuk melangsaikan tuntutan perut yg lapar tahap maharaja murka!! Overall drpd segi rasa….saya ingin berterus terang bak bulan terang, hidangan yang saya terima hanya boleh dimakan sekadar untuk mengisi perut yang kosong serta tidak mahu melakukan amalan pembaziran syaitan sahaja…what wrong with the food?? Memang tidak dapat mencapai tahap kepuasan selera saya…rasa campuran yang kosong sedangkan gravy nya nampak macam berperisa. Tapi disebabkan desakan poket yang hampir menipis, hidangan dihabiskan juga ala-ala sedap sangat gitu…huhuhuh….jgn dirisaukan kerana makanan lain seperti chicken Meecurry rasanya sangat memuaskan anak tekak yg gemar makanan berkari ni…siapa2 yg nak cuba…bolehlah mencubanya sendiri…servis?? Memuaskan tahap kelajuannya…tp bukan macam super sonic, , hurmmm…mungkin masa tidak busy nanti, saya akan mencuba hidangan yang sama…tengok2 jika ada perubahan daripada kedua2 perkara tadi…Kali in saya berkesempatan mengunjungi dan merasa menu makanan dari restoran Pak li kopitiam seksyen 7 Shah Alam, jika di dengar perkataan kopitiam sudah semestinya terbayang tentang kopi dan roti bakar, susun atur meja dan kerusinya seperti ala-ala kedai makan cina tradisional , Kopitiam atau kopi tiam adalah kedai kopi dan sarapan tradisional yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Perkataan “kopitiam” merupakan gabungan perkataan “kopi” dari bahasa Melayu dengan perkataan bahasa Hokkien bagi kedai (店; POJ: tiàm). Dalam erti kata lain, “kopitiam” bermaksud “kedai kopi”. Sajian kopitiam biasanya terdiri daripada satu tawaran yang ringkas: beraneka pilihan makanan yang mengandungi telur, roti bakar dan kaya, serta minuman seperti kopi, teh, dan Milo.
Bersesuaian dengan namanya pakli kopitiam apa yang paling istimewa jika singgah disini ialah menikmati kopi kaw atau kata lain rasa kopinya mengancam dan tersendiri iaitu ipoh white coffee .Boleh dipesan panas atau sejuk bagi peminat kopi jangan lepaskan peluang untuk merasa minuman istimewa sambil merasai suasana konsep restoran ala-ala drama cina di zaman silam.
’RM 3.70 Gabungan bahan-bahan laksa nya terdapat gabungan rasa nenas seperti laksa pulau pinang, ikan sardin digunakan untuk membuat kuahya ini kerana terasa sardin nya tambahan pula memang diletakkan seketul pejal isi ikan sardin untuk menambah rasa ikan itu sendiri sayuran hirisin timun ,pudina dengan potongan nenas terasa gabungan rasa yang sempurna masam manis pedas serta berangin dari rasa pudina itu sendiri.
Monnuong By Món Ngon
Bagi hidangan pencuci mulut iaitu snowy ice durian cendol dimana campuran ais batu hancur atau ais kepal isi krim durin cendol bersama sagu dan curahan air gula Melaka.menu yang ringkas tetapi tetap menarik.
Turut menjadi pilihan iaitu spaghetti bologneise bersama chicken meat balls RM7.90 dan air gembira RM3.80 campuran ais kisar susu sirap ais krim vanilla dan air bergas (ais krim soda) yang diberi berasing untuk dituang sendiri .
Dari segi konsep restoran ini lebih kepada ‘family casual dining ‘pelayan pelanggan yang baik susun atur dan suasana restoran yang selesa.dekorasi restoran yang ringkas dan menarik perkara yang menarik minat saya iaitu pintu masuknya mengimbau kenangan gaya baba nyonya kebanyakan rumah dimelaka .Selain itu restoran Pak Li Kopitiam menyediakan kelengkapan surau dan tandas yang selesa.PakLi kopitiam mempunyai banyak cawangan nya di Malaysia jadi tidak perlu risau ,anda boleh mengunjungi Restoran Pak Li koptiam yang berdekatan.