[ SELEPAS seminggu politik negara kecoh pada Februari 2020, Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 1 Mac susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamed dan keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH)., Sepanjang memegang jawatan itu selama 16 bulan, kerajaannya yang terbentuk bersama bekas musuhnya yang kemudian menjadi sekutu, berdepan jatuh bangun, turun dan naik, terutama dalam mengendalikan pandemik Covid-19., Muhyiddin meletak jawatan perdana menteri hari ini selepas hilang majoriti di Dewan Rakyat apabila 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan., Presiden Bersatu itu pada awalnya enggan meletak jawatan, tetapi cubaan terakhirnya menghulurkan tawaran kerjasama kepada pembangkang pada Jumaat gagal, apabila semua parti pembangkang menolaknya., Muhyiddin atau mesra dengan jolokan panggilan “Abah” oleh netizen, akan menjadi perdana menteri sementara bermula hari ini hingga pelantikan baharu dibuat, menurut kenyataan Istana Negara. – 16 Ogos, 2021. ]
[ PARLIMEN perlu meluluskan undang-undang bagi mengelakkan ahli Parlimen mengosongkan kerusi mereka dan memaksa pilihan raya kecil diadakan melainkan ia perlu, ” kata Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Pengerusinya Abdul Rashid Abdul Rahman berkata struktur undang-undang pilihan raya sedia ada tidak menghalang peletakan jawatan dan pilihan raya paksa. ]
[ MISTERI kehilangan seorang warga emas berusia 87 tahun sejak dua hari lepas terungkai selepas orang awam menemui mayatnya terapung dalam longkang sawah di Parit 8, Chikus, di Teluk Intan petang semalam., Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata Hamidah Hussin dari Kampung Sungai Tukang Sidin, Langkap, pada mulanya dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Parit 8 sekitar pukul 7.00 malam Sabtu lalu. ]
Data Model Mitrs
[ LIMPAHAN air Sungai Muar yang berlaku sejak semalam telah menyebabkan beberapa buah rumah penduduk di daerah Segamat dinaiki air sehingga paras lutut., Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat Hasrin Kamal Hashim berkata susulan itu seramai 17 penduduk dari lima keluarga yang terjejas ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pada 8 pagi tadi., Setakat 12 tengah hari ini, jumlah penduduk terjejas banjir masih tidak berubah, katanya dalam kenyataan., Beliau berkata mereka yang terjejas melibatkan penduduk Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5., “Tidak hujan sejak dua atau tiga hari lepas, bagaimanapun paras air sungai di Negeri Sembilan meningkat dan telah menyebabkan Sungai Muar turut melimpah sehingga menyebabkan beberapa rumah penduduk berdekatan dinaiki air, ” katanya., Beliau berkata kesemua mangsa ditempatkan di Balairaya Kampung Batu Badak. – Bernama, 2 November, 2022. ]
[ POLIS Kelantan telah mengenal pasti 28 lokasi panas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri itu., Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata kesemua lokasi tersebut membabitkan sembilan kawasan Parlimen di seluruh negeri., “Kawasan yang dikenal pasti itu dibuat berdasarkan kejadian pada pilihan raya lepas dan pertembungan calon-calon bertanding yang dijangka sengit, ” katanya pada sidang media tangkapan dan rampasan rokok di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu hari ini., Mengulas lanjut, Muhammad Zaki berkata pihaknya sentiasa melakukan risikan dan pemantauan di seluruh kawasan Parlimen bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan dalam keghairahan berkempen., “Ketua polis daerah telah bersedia dengan cara tersendiri berdasarkan situasi di daerah masing-masing., “Saya juga telah mengarahkan ketua polis daerah melakukan pemantauan terhadap ‘budak nakal’ daerah masing-masing kerana kadangkala mereka boleh mencetuskan pergaduhan serius, ” katanya., Dalam perkembangan sama, Muhammad Zaki berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kelantan telah melaksanakan perancangan khusus bagi memastikan aliran trafik pada hari pengundian dapat dikawal dengan baik. – Bernama, 2 November, 2022. ]
[ UMNO Perlis yakin ahlinya di peringkat akar umbi khususnya di bahagian Arau dan Padang Besar terus setia kepada parti walaupun dua tokoh besar di kawasan tersebut tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)., Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Azlan Man berkata berdasarkan pengalaman Umno sebelum ini ahli-ahlinya tidak akan berganjak untuk terus memberi sokongan kepada calon parti dan sebarang perbezaan pendapat yang berlaku hanyalah bersifat sementara., Pada majlis pengumuman bakal calon BN bagi PRU15 di ibu negara malam tadi dua tokoh politik di Perlis iaitu penyandang kerusi Parlimen Arau Dr Shahidan Kassim dan Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin tidak disenaraikan., Ketua Puteri Umno Zahidah Tarik Khan dinamakan akan bertanding di Parlimen Padang Besar dan bekas Naib Ketua Umno Arau Datuk Rozabil Abd Rahman pula di Parlimen Arau. Turut dinamakan sebagai calon di Perlis ialah Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya untuk Parlimen Kangar., “Insya-Allah, kita (Umno Perlis) akan dapat hadapi ini. Apa yang akan berlaku hanya ibarat ribut sementara dan tidak akan berpanjangan, ” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini., Azlan yang juga Menteri Besar Perlis berkata nama-nama calon yang diumumkan Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden Umno itu adalah sesuai jika dilihat dari segi kedudukan dan latar belakang calon yang hebat serta boleh membantu BN menang di Perlis. – Bernama, 2 November, 2022. ]
Nota Ulangkaji Temuduga Inspektor Pdf
[ KOREA Utara melancarkan sekurang-kurangnya tiga peluru berpandu balistik (SRBM) jarak dekat ke Laut Timur pada Rabu, dengan salah satu daripadanya terbang merentasi sempadan maritim dengan Korea Selatan, buat pertama kali sejak berakhirnya Perang Korea 1950-53, menurut tentera Korea Selatan., Ketua Turus Bersama (JCS) berkata peluru berpandu yang ditembak dari tapak di dalam atau sekitar bandar pantai timur utara Wonsan dikesan sekitar 8:51 pagi, lapor agensi berita Yonhap., Provokasi terbaharu Korea Utara dibuat sebagai bantahan terhadap latihan udara berskala besar lima hari yang diadakan bersama oleh Korea Selatan dan Amerika Syarikat bermula Isnin., Salah satu daripada tiga SRBM itu jatuh ke laut lepas 26 kilometer ke selatan Garisan Had Utara (NLL), iaitu 57 km ke timur bandar Sokcho yang terletak di tenggara dan 167 km barat laut Pulau Ulleung berhampiran Dokdo. Ia menuju ke arah pulau itu sebelum jatuh ke perairan antarabangsa, menyebabkan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran serangan udara., Korea Utara juga menembak pelbagai jenis peluru berpandu lain ke arah barat dan timur, kata JCS., “Tentera kami tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan provokasi Korea Utara dan akan bertindak balas dengan tegas dengan kerjasama erat AS, ” katanya dalam satu kenyataan., Ia mengkritik tindakan Korea Utara yang melancarkan peluru berpandu balistik berhampiran perairan wilayah Selatan dan menyifatkannya sebagai tindakan “tidak boleh diterima”., Tindakan itu dibuat ketika Seoul dan Washington mengadakan latihan Vigilant Storm yang melibatkan lebih 240 pesawat, termasuk pesawat jet stealth canggih, merentasi ruang udara di semenanjung itu untuk meningkatkan pencegahan terhadap ancaman Korea Utara., USS Key West, kapal selam berkuasa nuklear AS, juga tiba di Korea Selatan pada Isnin untuk “lawatan berjadual” sebagai sebahagian daripada penempatannya ke rantau Indo-Pasifik., Korea Utara telah lama mengecam latihan ketenteraan bersama antara Seoul dan Washington yang disifatkan sebagai latihan pencerobohan. Pihak sekutu menekankan bahawa latihan itu bersifat mempertahankan diri (defensive)., Awal hari ini Pak Jong-chon, setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja yang memerintah Korea Utara, memberi amaran bahawa Korea Selatan dan AS akan menerima balasan yang “mengerikan” jika mereka memutuskan untuk menyerang Korea Utara., Kementerian Luar Korea Utara juga mengancam AS pada Selasa untuk melaksanakan “langkah susulan yang lebih kuat” jika ia meneruskan provokasi ketenteraan “tanpa henti dan melulu”. – Bernama, 2 November, 2022. ]
[ MAHKAMAH AS menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang wanita Amerika pada Selasa kerana menubuhkan dan mengetuai batalion militan Daesh/ISIS yang dianggotai wanita, untuk berperang bagi pihak kumpulan pengganas di Syria, menurut Jabatan Kehakiman., Agensi Anadolu melaporkan Allison Fluke-Ekren, 42, mengaku bersalah pada Jun serta mengaku bersubahat untuk memberikan sokongan material atau sumber kepada organisasi pengganas asing itu., Dia mengakui menubuhkan Khatiba Nusaybah dan melatih lebih 100 wanita dan kanak-kanak perempuan termasuk beberapa orang berusia seawal 10 tahun untuk berjuang bagi pihak Daesh/ISIS mempertahan bekas ibu kotanya Raqqah di Syria, menurut jabatan itu., Fluke-Ekren, seorang guru terlatih dari negeri Kansas yang memeluk Islam, adalah wanita Amerika pertama yang didakwa dengan jayanya atas peranan kepimpinannya dalam kumpulan pengganas antarabangsa itu, lapornya., Dokumen mahkamah menyebut pada 2008 Fluke-Ekren berpindah ke Mesir bersama suami keduanya, Volkan Ekren, ahli kumpulan pengganas Ansar al-Sharia yang telah meninggal dunia, sebelum berpindah ke Libya pada 2011. Pada 2012, wanita itu mengembara dari Libya ke Türkiye dan kemudian ke Syria yang berada di tengah-tengah konflik yang semakin meningkat., Suaminya menjadi ketua Daesh/ISIS sebagai penembak tepat di Syria pada 2014, dan pada masa itu, Fluke-Ekren bercakap tentang hasratnya untuk melancarkan serangan ke atas AS, seorang saksi memberitahu mahkamah., Pada 2016, dia dilantik untuk mengasas dan mengetuai “pusat wanita” di Raqqah, dan melatih wanita dan gadis dalam penggunaan senapang AK-47, bom tangan dan tali pinggang bunuh diri., Khatiba Nusaybah secara rasmi memulakan operasi pada Februari 2017 apabila penguasaan wilayah Daesh/ISIS mula jatuh di Syria. Raqqah jatuh pada bulan Oktober tahun itu., Fluke-Ekren cuba melarikan diri dan meminta seseorang untuk memberitahu keluarganya bahawa dia meninggal dunia di Syria untuk mengelak daripada ditangkap, menurut perjanjian rayuannya. Dia dibawa ke AS pada Januari selepas ditahan di Syria. – Bernama, 2 November, 2022. ]
[ MCA hari ini berkata ia akan bertanding di kerusi Parlimen Batu di Kuala Lumpur dan bukannya MIC seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi malam tadi., Presiden parti Wee Ka Siong memberitahu pemberita bahawa perubahan itu dibuat berikutan perbincangan dengan Zahid malam tadi., Beliau berkata MCA diberi kerusi Batu sebagai pertukaran untuk kerusi Padang Serai yang diberikan kepada MIC., “Selepas bertemu dengan pengerusi BN, ia mengesahkan bahawa Batu